Tuesday, November 24, 2009

Say Cheese!!!!!

Anak aku sorang nie tak abis2 nak posing. Nak kuar makan pun sempat posing susurh aku ambik gambar dia.....



Gambar nie ambik masa aku gie orang kahwin kat Seremban. Client aku kahwin dah...apalagi Pea ambik peluang je nak posing2...abis pelamin org tu dia keje kan...enjoy....





Gambar nie aku tgh dok makan lauk pengantin pun...Pea suruh ambik gambar dia...adooi..penat nak melayan dia. Tercekik-cekik aku nak makan.....

Saturday, November 21, 2009

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja??

Aku ambil petikan nie dari salah satu blog yg aku terjumpe...So what's your opinion??

Satu perkara yg memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.

Thursday, November 19, 2009

Alhamdulillah.........

Alhamdulillah....anak aku dah tutup aurat......yg sebenaunye si Pea nie beria-ia nak pakai tudung lepas tu suruh kite ambik gambar dia..

Aisey...aku tak tau ler dari 'gen' mana dia dapat..suka nau ambik gambar..waktu nie aku ambik gambar dia masa dia nak ikut mak aku gie belajar kat surau...


Bulat penuh muka anak aku nie....nampak putih suci jee...


Banyak angle pulak dia suruh aku ambik gambar..nie nak pakai tudung ke..nak melawa nie....


Bila aku renung2 muka dia, sejuk perut aku dibuatnye...nie ler anak aku sorang nie...mcm 'minah endon' pun ada jugak. keh keh keh....

Tuesday, November 17, 2009

To Me.......



Today it's my bday...Hepi Bday to me...Hepi Bday to me....Hepi Bday to Salina...
Hepi Bday to me...kah kah kah...dah tua dah aku nie...

Well, today genap la aku nie 33 tahun...iskh iskh iskh...rasa mcm nak kerepot dah..
Anyway, I had a wonderfull day today. To start with a healthy morning, with a 1 hour workout aerobic session (class hubby aku yg conduct) at golf club. Pagi2 beria-ia aku bangun nak ikut class hubby aku hari nie. Maklum la...nak buat azam baru sempena bday aku nie. Class starts at 9am & finished by 10.20am...fuh yoo...keluar semua peluh 'betina' aku nie...meleleh-leleh. I think it's about more thatn 1 yr, I did not really exercise....sendi2 semuanye dah bunyi2 mcm tak cukup pelincir je..he he he..

Then, I went home to refresh myself & after that straight go to the office. Before that, early morning aku dah terima sms from my mum...Selamat Hari Jadi...muaaah muuuaahhh. Mak, I love u. She's the first person yg wish me....hubby aku..la baru mlm nie tadi wish kat aku....ceh ceh ceh... Well, after I settled things at the office, I decided that I wanted to rejuvenate myself....ceng ceng ceng...I went to watch a movie...THE BOX..starring Cameron Diaz..the story was a little bit complicated..boring jugak la..action kurang.

The movie ended at 5pm, then I shoot back home. Hubby called..."mlm nie kite dinner luar la, ok". I told him earlier that I might be cooking tonite....Dia dah ajak dinner kat luar apalagi...balun je la...
I wanted to buy something for myself just now...but I couldn't figure out what to purchase. Tunggu je la...bila ada benda nak beli nanti baru beli la...

I wanted to buy for myself a pair of shoes..office shoes..dah lama rasanye tak beli high heels...sejak keje jadi ejen nie..mana le boleh pakai kasut tinggi2, kang nak rush sana sini terpelecuk plak kang...he he he. My job requires me to be on the road most of the time...running in & out of hospital, not a practical choice to buy 'kasut tinggi'. Tu ler teringat dulu masa zaman keje kat hotel dulu, rambut every 3 months mesti tukar style, baju - full suit la, kasut - of course high heel...dok keje dalam aircond..bleh ler melaram macam2....tapi skrg tak dapat ler...kena tgk appointment tu kat aner...kalau kena gie jumpe client kat pasar besar...takkan nak pakai high heels...tak kena tempat la...

Well, tonite hubby & Pea belanja I dinner kat SC (Secret Recipe) where else...I thought of having Japanese at Equatorial. I missed them....all the 'makis'..(nasi pulut di balut ngan mcm2 benda la)...but Pea mesti tak biasa...anyway susah nak enjoy the food cos Pea nie mcm nak tido je tadi...so to make it quick & simple...we chose SC. Enjoy these photos....
Pea tgh makan lasagne aku....
Kids burger meal for Pea. Dia mkn the alphabet nuggets je..yg burger nye mak bapak dia yg habis kan...
Hubby ordered Sarawak Laksa...not bad jugak rasanye
Ice lemon Tea for me, Ice Blended Mocha for hubby & Ice Chocolate with Whipped Cream for Pea
Pea..tak abis2 nak bergaya....
Me & Pea....
Me & Hubby...(pandai plak si Pea nie ambik gambar kite berdua)...

Friday, November 13, 2009

I'm Touched......

Normally on Friday nite is the agency group meeting, I decided to go to office to check whether is there anything for me in the pigeon hole. As I walked to the entrance, I saw 02 security guard at the entrance, 01 male & 01 female. The male was standing and while the female was sitting on a chair nearly to the office entrance. There was a little girl (I think about 9-10 yrs of age) sleeping on the lap of the female security.

Ya Allah....I'm touched.....that must be her daughter.

The time is actually about 9.50pm and it was raining quite heavily. She was sitting on the edge of the door, with her head on her mother's lap (the female security). I cried (in my heart) as I passed by them.

Went up and came down, the girl still there. I was trying to make a coversation with the mother.

Me : Kak, dah tido ke anak nie?
Mother : Ah..ah...dik.

I couldn't asked anymore...my tears about to burst when one of my colleague stopped by. A few of us was chit-chatting in front of the them. Once a while, I've glanced at the glass door, looking at the mother trying to comfort the girl to sleep. I'm crying inside already. Others did stopped by & asked to the mother. Soo sad....

Then me & my colleague (Kak Nor) wanted to assist if she would want us to send her daughter back. I drove my car in front of them, while Kak Nor went out of the car to ask the mother.

Kak Nor : Kak, anak nie dah tido. Boleh saya hantar balik umah tak? Umah akak kat
mana? Hujan2 nie...kesian dia. Tengok penat...
Mother : Takpe ye. Anak saya nie dah biasa ikut saya keje kat sini. Takde org nak
jaga kat umah. Umah saya dekat belakang nie je.
Kak Nor : Tak sakit ke dia tido mcm tu. Mesti penat kat sekolah.
Mother : Takpe la ye. Anak saya nie dah biasa mcm nie. Nanti pagi2 dia balik sama
saya. Tima kasih byk2. Tima kasih byk2.

From inside the car, both (male & female security) smiled at me. I cried...Kak Nor came in & told me. As I left the area, I waved at them....they smiled again.

Ya Allah...kau permudahkan lah kerja mereka berdua. Panjangkan umur, murahkan rezeki. Moga2 anak2 mereka dapat membantu mereka di masa hadapan.

Cuba bayangkan jika kite berada ditempat mereka. Ayah & Mak berkerja di malam hari untuk menanggung anak2. Bawa sekali anak perempuan...berjaga malam. Aku nangis sepanjang perjalanan aku pulang. Betapa susahnye untuk mencari sesuap nasi, terpaksa bertungkus lumus sekali pun terpaksa membawa anak ke tempat kerja. Bayangkan kalau perkara ini, kite terpaksa lalui.

Sepatutnye, budak pompuan dah ada dalam umah, buat keje skolah ke...atau pun sudah tido nyenyak. Aku ada anak pompuan sebab tu aku terasa sangat tadi. Macam mana kalau nie terjadi kat anak aku sendiri? Sanggup tak aku biarkan? Sanggup tak aku biarkan Pea memikul bebanan yg tak sepatutnye di usia semuda itu??? Aku tak sanggup. Dari raut wajahnye, aku lihat dia memang penat, tersengguk2 tido kat peha mak dia.
Ayah dia tersenyum je...Mungkin mereka takde pilihan, terpaksa jugak bawa anak pompuan nie tido di situ.

BERSYUKUR la...atas apa yang kite ada sekarang.

Jangan sesekali lupa, jikalau kite rasa kite dilanda masalah/kesusahan, ada org lain lagi yg susah dari kite. Aku mengambil iktibar dari peristiwa tadi bahawa Tuhan Maha Mengetahui....Tuhan Maha Mengasihi...setiap manusia nie telah tertulis agenda atau nasib masing2. Tapi janganlah kite berserah pada takdir...kite kena berusaha untuk mengubah hidup kite sendiri. Walau apa pun yg kite lakukan, adalah untuk diri sendiri serta keluarga....ingat tu...(aku berkata utk diri sendiri)....

Thursday, November 12, 2009

Penat....

Hari nie penat sungguh...nak tau pasal apa?? Well, first thing in the morning gie ofis 'selesaikan' paper work yg terbengkalai dah 2-3 hari....fuhhhhh

Then gie collect premium - jadi 'cheti' jap..tiap2 bulan aku jadi cheti sementara..he he he...kalau tak jadi cheti nanti takde ler gaji aku nie. Lepas tu jumpe 2 org...lepas tu....buat keje 'banking' sikit..bank-in duit kat sana, bank-in duit kat sini...ewaah ewahhh...dgr mcm banyak duit je kan...tapi sebenarnye tu semuanye duit orang la...bukan duit aku...kalau duit aku kan best...ha ha ha...

Dah dekat petang plak, clerk kat ofis call..

Clerk : Hallo, Salina....lu ada mana???
Me : I ada kat melaka la. Apa lu mau??
Clerk : Haiya...cepat2 datang ofis. Ambik lu punye stock diaries..sudah sampai.
Cepat2 datang hah...nanti gua jual lu punye stock..
Me : Esok, gua takleh ambik ke? Ari hujan lebat la..mcm mana gua nak loading
dlm keta gua. nanti semua abis basah....
Clerk : Aiya....lu datang saja la...gua tolong angkat sama lu...
Me : ok, ok...gua datang....

Terus shoot gie ofis. Memang penuh betul ngan keta2 ejen insuran nie, bersimpang siur parking..semuanye nak ambik stock diary, calendar, organizer for 2009. Nasib baik masa aku sampai hujan dah reda. Ada sorang ejen tu tolong aku angkat stock..aku pun tolong dia jugak la..pompuan ngan pompuan. Tak larat nak angkat sorang2.

Ohh...balik umah mesti dah kena list down...dah start nak kena bagi dah. Takleh simpan lama2...nanti dah sampai 2009 tak bagi2 lagi...nak simpan buat apa...buat tukun tiruan...he he he....

Mcm nak tercabut kaki aku...turun naik ofis. Nasib baik ofis aku nie tingkat 1, kalau kena tingkat 3...mak oii...ter'dislocate' lutut aku....

Sampai je umah...ambik pea kat taska. Lepas tu pikir nak makan apa for dinner. Aku goreng je burger patty and nugget. Jadi ler, dua beranak makan...hubby takde..dia kat kl ada course....he'll be back tomorrow...yippeee...

Wednesday, November 11, 2009

Nak Malu Ke? Nak Kesian Ke??

2day I've appointment at Starbuck, Dtrn Pahlawan. Well tgh2 I borak2 ngan client I nie, tetiba dtg ler this boy minta derma (alah biasa la yg minta derma jual cd la, buku la selalunye akan ada resit dr rumah anak yatim so & so - tak yah ler nak sebut). Kalau mcm nie, selalunye I will give him/her few RM & said "Aunty sedekah nie,ok. Tak yah tulis resit2 nie".

But today lain ceritanye, this boy tu baru tgh ckp sepatah dua kata ngan I tetiba manager Starbuck tu dtg. He said....

Mgr Starbuck : Dik, kat sini adik tak bleh buat mcm nie, ok. (Politely....)

This boy didn't say anything just stood beside me.

Then again, since takde response the Mgr Starbuck tu kata lagi sekali....

Mgr Starbuck : Dik, saya kata kat sini adik tak bleh buat mcm nie. (Again politely in front of me).

This boy still standing beside me giving me his mukadimah abt his cd. Lepas tu apalagi, naik angin la si mgr Starbuck nie. Terus cakap again...

Mgr Starbuck : Adik, tolong keluar skrg. Saya cakap baik2 adik tak nak dengar atau adik tak paham ke. Atau nak saya panggil security. Nak ke?

Budak lelaki : Panggil la kalau berani. Ingat saya takut ke?

I was shocked at that time, tetiba je this boy answered back with no manners at all. With his unsatisfied look, he stared at the mgr starbuck...mak datuk...beraninye budak nie...Tadi bila cakap ngan I, punye ler lemah lembut...I can see his facial expression..fuh yoo...ganas memang mcm nak cari gaduh....

At that time the mgr starbuck went to look for the security. I hold this boy hand & gave him some money & I asked him to leave quickly. I was surprised...he did not moved at all. Then the mgr starbuck starts to chase him out of the outlet. He went out yet he still standing out side the outlet staring & mumbling towards the mgr starbuck.

As he walked away, he kicked the chairs & tables outside...beraninye dia. Then..tak disangka-sangka...he came back again still mumbling with his face staring at the counter. One of the staff there was an Indian boy...this boy started to swear at this Indian boy...I heard..."Kalau dah **ling, memang **ling la"...he kicked the bottom part of the counter and bang the cupboards where all the gift display (new mugs la, new soft toy la..) I takut je cupboard tu tumbang & pecah mug2 tu..ayoo yoooo..Then as he went out, he back the glass window...bangggg....nasib baik la si mgr starbuck tu takde kat luar..kalau tidak...abis la boy nie.

I've never encountered this before. I was really really shocked. A malay boy (dr rumah anak2 yatim) doing this in public. Memalukan......maybe he's desperate wanting people to give donation but not to this extend. I was really really 'ternganga' at that point. Memalukan tu dah semestinye...nak kesian ke? Nak kesian pun people will think twice with all the 'action' that he did. Malu campur kesian la...

Tuesday, November 10, 2009

Losing My Weight

Ta daaaa....I'm in the midst of losing my weight. Hmmm I'm currently at 85kg...besar giler kan??? Ha ha ha...anyway, I think it's time to reduce. I've been wandering yet letting my body rest for a long time already. It's time to wake up...Wake up Salina!!! It's time...

I've started on 1st November 2009, tak sempat nak update blog time tu. I cut down on a lot of food intake nowadays. Early morning, I only consume 3 in 1 Oat, noon lunch mcm biasa but nite time I don't take any meals at all especially rice or any carbo food. Normally early morning, I will do squats & plank..it really really helps a lot.
My body pain la...here & there...I do take one supplement that is Honey Apple Cider. It's good whereby firstly, it helps to reduce body weight & burns fat effectively with continuously exercise. Tu ler kalau makan benda nie je, mana bleh lose weight mesti kena exercise punye....sudah semestinye said hubby.

It's also helps on our digestion and prevent constipation problem. Since my intake early November, I have a lot of energy (stamina) to do daily chores especially when I have to be on the road all the time. My concentration on driving is much more better. When I woke up in the morning, I feel fresh & mcm tak malas nak bangun mcm biasa tu. Kalau dah terjaga tu, terus bangun & get ready for the day. Tak pernah plak aku rasa mcm tu. Kalau nak tido skrg pun, memang senang la...dulu nak tido punye pusing kiri, pusing kanan pun susah nak lelap...tapi skrg takde lagi.

Berat badan blum nampak turun lagi...maklum je la baru start. The main ingredient for the Honey Apple Cider are Honey (Madu) plus Red Apple Cider (Epal Merah)..ha ha ha...Rasulullah pun makan madu hari2. Madu memang bagus utk internal organ. Byk membantu memperbaiki sistem dalaman...lagi satu Epal Merah memang bagus compare tu Epal Hijau.....

Mudah-mudahan dapat la turun sikit berat badan aku nie....nak conceive....doc dah kata berat badan kena turun sikit la...he he he...

Sunday, November 8, 2009

Al Kisah....

Dah lama benau tak update blog...sory frens, I sibuk sikit la. Anyway, I've got 2 stories to tell...geram, marah, sedih dan mcm-mcm lagi la..aku rasa topik aku hari nie pasti 'panas'....so let's hear it...

Cerita 1
My fren punye SIL. Dah nearly to 13 yrs of marriage dan now tgh pregnant...tetiba je abg my fren nie ceraikan dia punye SIL..kesian laaa..Dah susah payah dpt anak, nak ceraikan lak plak. So my fren punye SIL nie nasib baik 'working woman' memang boleh tanggung diri sendiri la. Apa ler punye husband, dah baik2 13 thn yg tetiba nak cerai wat aper?? Well, the stories is like this, husband dia nie terjumpe long lost so called 'ex-girlfren' dia and terus ler 'lekat'. Mula2 tu asyik calling2, jumpe for lunch la, cakap2 biasa je..lelama tu jadik lain plak. Yg aku 'panas' nie sbb si 'ex-girlfren' dia nie still bini orang lain. Dia minta fasakh...Ya Allah..dah
baik2 kawin ngan org lain yang pie gatal ngan laki org buat aper????? Si pompuan nie dah ada anak pun...entah apa yg dia cari kat laki org pun tak tau apa...Si husband dia plak boleh kasi reason yang "Tiada rasa cinta & kasih lagi pada si SIL"..alamak boleh dia kata mcm tu skali!!!! So, skrg nie dia org tgh go through divorcing procedure..turun naik mahkamah....aku geram campur sedih...

Cerita 2
Ada sorang my fren nie, husband dia memang peramah, suka tolong orang...bla bla bla. Tetiba si wife nie mcm dpt rasa (ala pompuan kan biasa...mcm ada sixth sense gituu) yg si husband dia nie ada bau2 nak 'pasang' kaki la...paham2 je la..
Well, katanye takde apa2 hubungan...tapi kalau 1 hari asyik dok call sampai lebih dari 5 kali...kejap2 call, kejap2 call...apa kejadahnye?? Kawan atau nak mengawan??
My fren nie punye ler geram, dia confront la laki dia...laki dia kata takde apa2..kite just kawan.

Tu ler, my fren nie tau yg so called 'kawan pompuan' dia nie tgh ada problem ngan laki dia. Hmmm..asyik2 call, asyik2 call...sikit2 tanya tu, tanya nie..
"Wei, Pompuan. Takde org lain ke yg kau nak tanya, hah?" Time pagi call, tghari kang call, ptg sikit call, kekadang mlm pun call....mak datuk!!! panas dibuatnye...
Sblm nie takde plak, kau tercall2 laki kawan aku nie...kawan aku nie pompuan, kau pun pompuan...bini org lain plak tu...sooo berpada2 la klau nak call laki org tu....
Yg laki kawan aku nie plak, bleh tak ngaku ada suatu hari tu si pompuan tu tepon depan2...dia katanye org lain...Oii..apa nak jadi nie? Kenapa sampai laki kawan aku nie sanggup tipu isteri dia sendiri? Apa cantik benau ke pompuan tu? Klau setakat fizikal cantik...ianye takkan kekal lama la...esok Tuhan tarik nikmat..kena eksiden ke...tergolek dlm longkang ke....hmmmm biar la...Tuhan Amat Mengetahui....

Kesimpulan
Apa nak jadik ngan dunia skrg nie? Lelaki dah tentu ler 'gatal', yg si pompuan nie plak beria-ia. Apa yg tak cukup ngan dirinye. Pada aku, apa yang penting..kite kena sedar yang tiada seorang umat manusia dlm dunia nie yang sempurna. Kite dijadikan utk belajar mengenali diri sendiri...apatah lagi untuk mengenal diri org lain. Jadi, berwaspada la..setiap tindakan yg kita ambil kemungkinan akan mengakibatkan mana2 pihak tersalah anggap atau sebaliknye. Mungkin niat baik nak tolong mula2...tapi akhirnye jadik lain plak. Pada pandangan aku la, laki & pompuan takleh berkawan rapat....mesti jadik lain. Itu yg aku dah lihat & observe. Kekadang kite cuba elak tapi lambat laun pasti tak sangka. Pada asalnye mungking tidak ada rasa sayang..nanti dah lama2 klau dah hari2 dok call je...apa yg akan terjadi??? Sendiri jawab la...

So, nasihat aku tuk sesiapa yg membaca en3 blog aku kali nie....beringat la, sebelum melakukan apa2 tindakan atau apa sahaja keputusan. Fikir dulu, jgn ikut suka hati je. Setiap tindakan atau keputusan yg kite buat semestinye terkena seseorang secara directly or indirectly. Cuba fikirkan klau diri kite sendiri yg terkena. Sanggup tak kite nak buat mcm tu? Tergamak kah kite?

Walau apa pun masalah yg kite hadapi, ingat la yg Tuhan sentiasa memerhatikan kite. Kekadang kite rasa tindakan atau perlakuan kite nie tak salah tapi mungkin salah atau tak kena di mana org lain.