Showing posts with label Walk Your Talk. Show all posts
Showing posts with label Walk Your Talk. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

It is Public Holiday Today.....

Bismillah

Assalamualaikum and A good day to everyone.

I'm trying it, I'm doing it.....huhuhu kata-kata motivation untuk diri sendiri.  As today is a public holiday, memang lepak rumah jer.  Pea is down with fever.  Been taking antibiotics and paracetamol for the last 2 days.  She's recovering. 

Not too much things happen same as work.  I need to do the finalization of listings.  Hah! It has been 2 weeks, I've not looking at it seriously.  As for my exercise regime, yeaahhhh! I am loving it!  Been pushing myself harder and harder each day.  I want to evolve everyday in my life. 

Just keep on doing it till it's show the result you want to.

Saturday, May 3, 2014

Yang Baik-Baik Saja.....

Bismillah

Assalamualaikum dan Salam Hari Sabtu

Buat apa di hari Sabtu nie? Macam biasa lah.....sebagai seorang surirumahtangga separuh masa.....kena ler menyapu, mengemop, mengibas-ngibas sawang, membasuh baju, memasak, lap sana lap sini.....

Hari ini aku masak nasi lemak low-fat with ayam goreng kunyit dan segala condiment yang sepatutnyer.  Takde gambo, sorry yer.  Tak kosa nak ambik..hehehe

Nak update sikit.  Aku dah start join exercise class! hahaha! Macam tepanjat kan? Tapi ini lah memang masa yang sesuai aku nak start all over again.  Dah dekat sebulan aku ke hulur ke hilir join class.  Alhamdulillah.....stamina dah ada dan tengah meningkat naik.  Tak nak ponteng class kalau boleh.  Bila lemak dah tepu nie memang susah ler nak hilangkan.  Tapi sabar......sabar....yang penting kena konsisten.  Nak target join 5km run this June 2014.  Fuhhhh!

Hari tu ada kawan share this kat FB, aku tertarik.......

Memang bagus kata-kata ini......kalau kita fikir yang baik-baik sahaja....Insya Allah....yang datang nanti semuanyer yang baik-baik.  Aku suka suka suka.

Lagi satu, yang ini.  Memang betul sangat......I AM ME.......

Kita tak perlu jadi orang lain untuk sempurna.  Kita hanya perlu jadi diri kita sendiri.  Apa yang penting kita tahu siapa diri kita.

Positive Attitude.....

Tuesday, April 22, 2014

Keje Saya......

Bismillah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.  Apa kabar semua? Ada bagus? Mesti bagus.....alhamdulillah kerana Allah kurniakan sehari lagi untuk kita bernafas.  Amin.

So, hari nie nak citer pasal keje saya.  Saya adalah seorang ejen insuran berdaftar di Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful.  Alhamdulillah......


Selama bekerja sebagai ejen nie banyak yang telah ditempuh, dilalui dan sebagainya.  Ada suka, duka, pahit, manis.......tapi dalam banyak-banyak perkara yang paling saya suka adalah dapat menolong sesama manusia. Well, alhamdulillah Allah telah membuka hati saya untuk menyertai perniagaan ini.  Perasaan gembira dan bersyukur bila dapat memberi cek pampasan kepada pemegang polisi.


Baru-baru ini, saya telah membuat claim cek pampasan berjumlah RM20,000.00.  Alhamdulillah, walaupun tak seberapa banyak jumlahnya, saya gembira dapat membantu pemegang polisi yang dilanda musibah.  Air mata kesedihan bertukar menjadi kegembiraan.  Alhamdulillah......I love my job.


Wednesday, April 2, 2014

Aku Terpanggil......

Bismillah.....

Aku terpanggil, aku tersentuh.........

"Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.
 Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.
 Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.
 Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat." - Allahyarham Ahmad Ammar

Aku baru sahaja membeli senaskhah buku menceritakan perjuangan oleh Allahyarham Ahmad Ammar.  Memang betul kata orang, sekali dah tahu sedikit sebanyak tentang Allahyarham Ahmad Ammar..... aku ingin tahu lebih lanjut kisah perjuangan yang beliau lakukan.  Baru masuk 2 hari aku membaca buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar", aku sudah mulai rasa betapa kuatnya iman dan semangat beliau.

Allahyarham Ahmad Ammar, namamu telah disebut acapkali.  Aku hanya mendengar sedikit dan melihat dari jauh.  Ada rakan-rakan yang selalu menyebut tentang perjuangan beliau tapi di waktu itu aku sibuk menguruskan suamiku yang kemalangan.  Alhamdulillah, aku terpanggil untuk mengenali Allahyarham Ahmad Ammar.

" Dunia ini adalah tempat untuk berjuang dan tempat untuk kita berpenat.  Kita rehatlah bila mati dan syurga-NYA sedang menanti." - Allahyarham Ahmad Ammar

Subhanallah, aku sangat kagum dengan keazaman beliau semasa hidupnya. Dengan usia yang begitu muda, Allahyarham Ahmad Ammar telah melakukan amal kebajikan yang berterusan.  Dari pembacaan aku,  ibu bapa beliau yang telah banyak menerapkan unsur-unsur keagamaan yang kuat.

Terasa diri aku membuang masa  Terasa diri ini memang sangat selesa dalam keadaan sekarang.  Terasa diri ini KOSONG......Kata-kata Allahyarham Ahmad Ammar sangat menyentuh dan bermakna.  Aku nekad..... insya Allah.  Aku akan menggunakan masa yang ada, masa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baiknyer.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Ammar.  

Sunday, March 11, 2012

Make It Clear......Move On

Assalamualaikum everyone

Harap semuanya sihat-sihat hendaknya. Last Friday, I met my senior colleague from KL. He came down for visitation clients in Melaka. It was really an inspiring discussion with him. He had open up my "blocked mind" and truly true what he said to me. Be brave, have the courage to do the things that you imagine to do. Dari mimpi ke realiti.........

It is truly an eye opening discussion of where we are, where we want to be, what we want to be in life. Kita adalah manusia yang rugi jika kita tidak langsung mencuba atau teragak-agak mencuba. I've not clear my mind from the past experience, that's not good for me. I've to make it clear where I want to be and move on. Read a lot of books, he said. Knowledge can be the most "Outstanding" material for us to build what we want or should do. He said, AIM HIGH, Sal.......................and this is where I want to go.....


Prudential Star Club to Munich and Prague 2012


After 2 days of thinking and discussion with hubby, it's time for me to turn the page. Incik Hisam suamiku, Terima Kasih kerana mengizinkan aku peluang yang aku inginkan. Insyallah, semoga Allah memakbulkan dan memberkati kita sekeluarga.........amin.


Believe me it's a relieve when you poured out everything in order for things to be & get better for future. I feel relieve, calm and a clearer mind helps me to be more confident, my actions will be more prudent and success is in my hand.


Star Club Munich and Prague 2012.........my aim!!

Thursday, July 1, 2010

Inspirasi.....


Ada dua jenis nikmat yang sentiasa menyebabkan ramai manusia menjadi leka dan alpa iaitu................nikmat kesihatan dan juga nikmat masa lapang yang terluang.

(Nie nak muhasabah diri sendiri)......

Tuesday, March 9, 2010

Masa Takde Time....

Apa punye tajuk en3 aku kali nie....

Banyak keje nak buat sampai take masa nak mem'blog' nie. ADa byk benda nak citer tp bila dok depan laptop nie....BLANK!!!! Otak aku jadi kosong...tak tau apa nak tulis...ok ok ok....relaks....

Yang Pertama
Memang banyak keje nak follow up....Ya Allah...pening2x kepala aku...

Yang Kedua
Adooi....target aku utk 3 bulan pertama nie...tak capai lagi...Apasal kau Salina?? Tido ke?? Mengelamun ke?? Malas sangat ke??? Apa yg kau buat Salina??? (sendiri tanya, sendiri jawab la....) atau korang bleh tolong jawabkan...

Yang Ketiga
Si Pea nie memang kalau bangun pagi nak gie sekolah...memang lambat...kekadang hari2x aku antar dia skolah, lambat 5 minit la, 10 minit la....aku rasa cikgu dia pun dah paham...

Yang Keempat
Arrrgghhhh....mana time management kau, Salina???? (Aku nie mcm dah tersasar dari target jerrrr).....

Yang Kelima
Kata nak lose weight...mula2x start bulan November 09 till January 10...aku stick to the exercise plan yg hubby aku buat....lepas dah masuk bulan February...lintang pukang la...dah tak gie attend aerobic class....sunday morning workout pun dah tak buat...arrghhhh...camtu bila nak lose weight???? Badan makin lama makin "montel" nie...baju pun dah banyak takleh pakai...Hubby aku ada dok jeling2x geram jer kat aku nie....

Yang Keenam
Kekadang tu, hari2x tak tau nak masak apa...mcm smlm aku call hubby & said..."Ayah, ibu masak burger jer la...ok"...nasib baik laki aku OK...kalau dia tak OK....aku la KO...Tak tau nak masak apa....hari2x nasi3x..dah jelak la...pg mkn nasi, tghari mkn nasi, mlm mkn nasi....aduuhhh...pening kepala....

Kadang aku rasa "MASA TAKDE TIME"....lebih kurang mcm tak cukup masa la....hhmm sebenarnye...aku yg dah tak reti nak manage masa camna...mcm kelam kabut sikit skrg nie....rasa mcm byk keje..tp bila time nak buat keje...mcm ada keje lain yg nak kena buat....iskh iskh iskh...

Thursday, February 18, 2010

NAK GIE!!!!!!!

EGYPT...EGYPT...EGYPT.....EGYPT......EGYPT.....I'M COMING.....



Wednesday, January 6, 2010

Hari Yang Sihat

Sempena tahun baru nie mcm2 azam yg nak buat. Tapi ada satu yg aku tgh buat dan masih lagi buat...nak turunkan berat badan...Actually dah start late end of last year 2009, gie jogging kat Dataran Air Keroh. Tu dia....aku dah start exercise last November dah.ikut aerobic class...lepas tu utk tambah lagi stamina, tiap2 hari ahad aku pie jogging kat Dataran Air Keroh ngan kengkawan aku...

Aku nie kalau nak exercise takleh buat sorang2. Dah semestinye hubby aku ikut & buat..so aku ajak 2-3 kawan aku join skali. Aku bukannye jenis yg exercise bleh lari atas treadmill berjam2. Aku kena ada hiburan sikit la...mesti ada muzik atau kawasan yg luas.... Si Adlina & Era, kawan sekolah rendah & menengah aku pun, aku ajak skali..maklum ler masing2 punye badan dah "comel" kena la ambik perhatian sikit. So skaligus bawak anak2 ler....bawak basikal dia org skali..penuh bonet keta...ha ha ha

Brisk walking skali ngan anak2...

Sempat posing jap kat depan jam besar nie..Pea sibuk nak menyelit jugak

Jalan, jgn tak jalan!!! Jalan, jgn tak jalan!!! Hubby aku dok terjerit tepi padang....

Nie Pea ngan anak Adlina...Faiqah namanye...dua2 ekor nie blum mandi lagi....

Monday, September 24, 2007

WALK YOUR TALK!!

It's not easy to Walk Your Talk. Bukan senang la. Certain people only can voice out ideas, comments or etc..but to do it, to implement it. It takes full effort, concerntration and most importantly CONSISTENCY!! Do I have it? Really not sure right now. It's really hard la but I'm starting to feel it.

My mission is to create my own branding of muslim sportswear. Need to find the right manufacturer, need to have our own design (if not, nanti org kata kita tiru org punya design), need to set up office/stores and most important is need to have MODAL!! Some people may say that money is not everything...yes it's true. But to start business like this, you need to have money support. Nowadays, people don't just hold to their words, they hold to your money.

Well, I have to apply this "Modal" to start up my business. Your paperwork has to be really good. Otherwise, they will simply reject your application. Surf through some of the people that start up their business online from home. Interesting and really motivating!! Salute them all. I have to start from scratch.... It is important to WALK YOUR TALK if you really want things to happen. Insyallah, dengan restu Allah & family members, my mission will be come reality. I have put some deadline to myself....Let see what will happen....