Wednesday, April 9, 2014

Muhasabah diri.....

Bismillah....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

This photo speaks for what I'm feeling now.  Huhuhu!  




Wednesday, April 2, 2014

Aku Terpanggil......

Bismillah.....

Aku terpanggil, aku tersentuh.........

"Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.
 Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.
 Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.
 Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat." - Allahyarham Ahmad Ammar

Aku baru sahaja membeli senaskhah buku menceritakan perjuangan oleh Allahyarham Ahmad Ammar.  Memang betul kata orang, sekali dah tahu sedikit sebanyak tentang Allahyarham Ahmad Ammar..... aku ingin tahu lebih lanjut kisah perjuangan yang beliau lakukan.  Baru masuk 2 hari aku membaca buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar", aku sudah mulai rasa betapa kuatnya iman dan semangat beliau.

Allahyarham Ahmad Ammar, namamu telah disebut acapkali.  Aku hanya mendengar sedikit dan melihat dari jauh.  Ada rakan-rakan yang selalu menyebut tentang perjuangan beliau tapi di waktu itu aku sibuk menguruskan suamiku yang kemalangan.  Alhamdulillah, aku terpanggil untuk mengenali Allahyarham Ahmad Ammar.

" Dunia ini adalah tempat untuk berjuang dan tempat untuk kita berpenat.  Kita rehatlah bila mati dan syurga-NYA sedang menanti." - Allahyarham Ahmad Ammar

Subhanallah, aku sangat kagum dengan keazaman beliau semasa hidupnya. Dengan usia yang begitu muda, Allahyarham Ahmad Ammar telah melakukan amal kebajikan yang berterusan.  Dari pembacaan aku,  ibu bapa beliau yang telah banyak menerapkan unsur-unsur keagamaan yang kuat.

Terasa diri aku membuang masa  Terasa diri ini memang sangat selesa dalam keadaan sekarang.  Terasa diri ini KOSONG......Kata-kata Allahyarham Ahmad Ammar sangat menyentuh dan bermakna.  Aku nekad..... insya Allah.  Aku akan menggunakan masa yang ada, masa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baiknyer.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Ammar.  

Tuesday, April 1, 2014

April Sudah.....

Bismillah.....

Dah masuk bulan April? Kejap jer masa berlalu.  Banyak perkara yang dah dibuat dan sedang dibuat.  Dan tak lupa juga perkara yang akan dibuat.  Hahahaha! Yang pentingnyer, kita kena Focus! Ya adik-adik, Focus!  Kalau tak fokus, banyak perkara tak boleh buat, banyak yang tersadai, banyak yang tercicir....

Bulan April nie, dah masuk the 2nd quarter of 2014.  So, Salina you kena ready to rumble! Kena ready nak kena lanyak! Kena kuat mental dan fizikal!

Kena fokus dalam segala hal.  Sentiasa beringat untuk mencuba jadik lebih baik dari hari semalam.  Kena buat perkara-perkara yang berfaedah.  Jangan leka jer!  Jangan asyik ingat nak enjoy jer! Jangan itu! Janga ini!  Adeh! Banyak sangat jangan tu. 

Ini adalah untuk peringatan diri ku sendiri.  Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.

Thursday, March 27, 2014

Lastly.......

Bismillah......

Assalamualaikum and A Good Day to everyone.....

I know I've been away too long
I know I've been neglecting my own blog for such a long time
I know I know I know and I know

At last today, I find the strength to really sit down and express myself.
It has been a long time.

I owed my so called "Part 2" trip to Krabi entry.  Alah, dah malas ler.  Dah lupa pun apa nak cerita sebenarnyer.  I thought of "shutting down" this blog.  Tapi sayang cos most of the memories I've jotted down here. 

Taddaaaa.......Here I am.  This is me.  My latest chubby photo taken in the office. Hahahahahah!
Getting older and wiser....fuuhhhh.  Hope you guys still read my blog.....(dalam hati, macam ler ada org nak tengok blog nie....perasan)

Tata....tutu...titi......