Thursday, June 11, 2009

Mak Andam Kena Rompak....

Kesian kat kawan hubby aku nie.....semalam gie jumpe dia, dia citer dia kena rompak. HP, laptop kena ambik. Kawan hubby aku nie mak andam...business not bad jugak....Citernye begini, mula-mula rumah dia kena masuk tapi pencuri tak ambik apa-apa pun. Cuma dia makan kat dapur...lauk sardin ngan nasi putih. Heran bin ajaib kan?? Rumah kawan hubby aku nie besar, banglo setingkat....adalah jugak pintu yg cuba diumpil, tak dapat masuk kot. So maybe si pencuri nie fed up tak dapat masuk, dia dok makan nasi lauk sardin. Dia serepah kan dapur macam monyet makan nasi.

Hmmmmmm.....lepas 2-3 hari, kawan hubby aku nie terima satu call dari sorang lelaki nak jumpe pasal nak tengok package wedding. Set time to meet, lepas tu dah meet lelaki nie cakap nak bawa kawan hubby aku nie pie umah dia jumpe mak dia pulak. Dia kata kampung dia jauh, keta tak leh masuk, kena naik motor. Yang kawan hubby aku nie macam dah kena pukau ikut je cakap lelaki nie. Ya Allah!! Dia bawak dalam ladang kelapa sawit..lepas tu dia gertak pisau kat belakang badan...eeeeeeee takut la. Dah lah dalam ladang kelapa sawit...sorang-sorang pompuan je tu...si lelaki mesti dah aim kawan hubby aku nie. Lepas dia ambik hp & laptop, dia tinggalkan kawan hubby aku nie sorang-sorang kat situ.

Dalam kegelapan, kawan hubby aku nie cari jalan keluar berpandukan bulan. Malam tu pulak bulan terang....Allah Yang Maha Mengetahui. Jalan-jalan about 30 minutes, baru jumpe jalan kecik...itupun jumpe sorang budak lelaki nie, minta tolong. Lepas tu budak nie bawa jumpe bapak dia...rupa nye jumpe orang asli. Alhamdulillah..nasib baik orang asli nie ada hp, dia call lah family & polis.....

Nasib baik kawan hubby aku nie "tak disentuh". Aku rasa lelaki tu mat pit la....Eeeee takut pulak dengar citer dia. Baru semalam aku jumpe kawan hubby aku nie..dia still fobia lagi...takut nak kuar umah.....tu la 2 kali kawan hubby aku nie kena rompak.

Moga-moga Allah Melindungi dia. Hah...untuk pompuan-pompuan kat luar sana tu..berhati-hati la. Walaupun kite dah kenal lelaki tu..tapi still kalau malam jgn la jumpe sorang-sorang. Aku nie pun kalau ada client nak jumpe waktu malam (especially lelaki) aku mesti ajak sorang member or hubby aku teman.

2 comments:

Along said...

ngeri ah cite ko ni...but like u said, good thing she didn't get molested or raped by that malaun...just goes to show, we have to be extra careful nowadays...nak carik rezeki pun susah..

Aktif Mama (Sal) said...

Tu ler...skrg nie mcm-mcm jenis org kat dunia nie.