Monday, March 5, 2012

Masa Dulu-duluuuu...........

Assalamualaikum everyone

Manis muka anak aku nie....hehehe. Puji anak sendiri ler, siapa lagi nak puji. Sejak dah sekolah nie, lagi ler nampak Pea dah & sedang membesar. Rasa macam tak percaya jer. Pejam celik-celik dah panjang lebarnyer anak aku nie. Kuasa Allah kan, Dia yang menjadikan manusia di bumi ini.
Hari Isnin, Selasa & Rabu, Pea gie sekolah agama di waktu petang. So, by 5.30ptg or 5.45ptg aku memang dah dok tercongok tunggu dia dalam kawasan sekolah. Nie ler tempat aku lepak tunggu Pea. Time-time nie ler terkenang zaman aku sekolah dulu. Hah, tengok tempat makan waktu rehat nie, meja panjang bersambung-sambung, kerusi pun jenis 'bench', duduk berhimpit-himpit.
Bangunan sekolah nie 4 tingkat termasuk ground floor. Huh, tinggi betul ler. Dulu punyer sekolah memang dorang buat tinggi-tinggi. Kesian kat bebudak nie yang dok kelek beg sekolah macam batu. Kena panjat tangga sampai tingkat atas sekali. Pea punyer bilik darjah kat tingkat 3, perrghhhh hari tu ada hantar Pea sampai bilik darjah....rasa macam nak tercabut jantung dibuatnyer. Tangga pulak memang ler narrow. Kalau hari hujan lagi ler, basah lecak tangga & corridor bilik darjah. Bebudak apalagi mesti ler suka pasal boleh main air bertakung-takung tu. Hihihi, nama pun budak kan. Bagi ler they all main selagi boleh, esok-esok dah besau malu pulak.
Hah, si kucing pun dah tersembam muka kat bench. Penat agaknyer lari sana, lari sini. Tu yang bila bebudak masuk kelas, boleh ler si kucing nie rehat sikit. Kalau tidak, aku tengok kucing nie macam bola dah....kena kejar sana, kejar sini naik penat ler si kucing nie.

Bila terkenangkan zaman sekolah dulu, banyak kenangan. Aku dulu gie sekolah jalan kaki. Fuhhh, macam-macam peristiwa berlaku. Seronok, sedih, geram, gembira........itulah kenangan masa dulu-duluuuu......

Sunday, March 4, 2012

Latih Tubi.....

Assalamualaikum everyone

Pagi Ahad yg ceria dan tenang. Hari nie rasanyer macam takkan masak pasal nak gie lepak umah mak aku. Kakak aku balik this week so mesti ada tempat yang dorang nak gie....selalunyer shopping ler mana lagi. Ataupun dok umah jer, borak-borak dan melayan anak-anak.
Untuk Pea, ini adalah latih tubi dia hari-hari. Sekarang nie, aku selalu beli buku-buku latihan untuk dia melatih tubikan hari-hari. Kalau tidak, berkarat lah otak dia nanti. Hari selasa yg lepas ada ujian laras kat sekolah Pea. Entah brapa markah dia nanti. Ada ler buat ulangkaji sikit-sikit. Tengok jer lah apa resultnyer nanti.

Sama ada ini adalah muka ceria, muka tepanjat atau muka yang sengaja dibuat-buat pasal dia tau mak dia tengah dok ambik photo dia. Wahai anak ku, makin lama aku tengok, makin tembam lahhh...hehehe

Ini adalah aksi-aksi macam dah malas nak buat latihan. Muka dah toya, tangan dah tak larat nak mengira, pun gaya-gaya "landing time" sedang melanda. Baru buat latihan sikit dah macam tak larat. Huhuhu, nie ler dia budak-budak......Time dulu ada tak mak bapak kite tengok kite masa buat latih tubi? Time aku dulu takde....kena pandai-pandai lah buat sendiri.

Bila dah kena tegur sikit, baru lah bersemangat nak buat. Nak kena cakap selalu, hari-hari.....aduh....dah nama pun anak sendiri kan. Kena lah segala-galanyer ambik tahu, kalau buat tak tahu lagi kes naya.....


Mudah-mudahan Pea rajin belajar........amin.....

Friday, March 2, 2012

Penat...penat pun tetap buat.....

Assalamualaikum everyone

Dah jadik tanggungjawabkan, bila balik umah jer dok pikir nak masak apa. Kengkadang tu dah takde idea. Tapi nie lauk semalam aku masak yang paling simple jer. Drumstik goreng bercili, masak putih sayur bayam jer.

Kalau pikir pasal penat, hari-hari pun penat. Drumstik goreng bercili nie ideanyer datang tetiba. Ingat nak buat drumstik goreng jer tapi bila ingatkan takde sambal nak makan so buat ler goreng bercili. Laki aku balik keje terus bukak tudung saji, siap sental seketul dulu sebelum mandi. Hmmmm, ini ler penangan air tangan isteri...hehehe tak sabo nak makan.


Buku nie dah dekat 3 minggu aku beli, baru baca 5 page. Ingat nak abiskan masa "cuti" hari tu tapi tak sempat dah. Bila ler nak abiskan. Hari tu gie kedai buku ada nampak buku citer lain, ingatkan nak beli tapi bile teringat yg kat umah tu belum abis baca lagi, aku pendamkan saje. Sekarang nie, bila waktu malam jer mengantuk cepat sangat. Dalam pukul 10pm mesti mata dah tak larat nak bukak, masing-masing muka dah toyer jer. Huhuhu, tu ler bila anak dah bangun pagi kena gie sekolah, seawal pukul 5 pagi dah bangun lepas tu tak tido-tido. Mana taknyer mata nie tak terangkat dah....


Hari nie confirm tak masak pasal aku ada meeting malam....hari off day....



Thursday, March 1, 2012

Bila Dah Sihat Sikit......

Assalamualaikum everyone.....

Bila dah sihat sikit nie, dah macam-macam sikit boleh telan. Sandwich kat atas tu selalunyer jadi weekend breakfast aku kat umah. Lazat kan? kan? kan? Kena makan banyak sayur-sayuran, senang nak digest nanti. Bila dah sihat sikit nie, nak makan banyak benda tapi takleh nak masuk bebanyak. Sikit, sikit, sikit......

Nie plak biskut oat. Memang sedap, tak manis sangat, tak keras sangat. Menjadi kudapan di waktu lapar. Terasa jugak nak makan coklat, uhhhh rindu lah nak makan coklat. Nanti dah sihat banyak sikit aku nak bedal sebantal coklat....hehehe

Hah, ini roti boom frozen. Memang ada standby dalam fridge. Kalau rasa teringin nak makan roti canai, aku defrozekan & goreng garing. Perrgghhhh.......marbeles. Cecah ngan gula pasir pun dah cukup lazat. Banyak benda lain yg dah boleh aku makan.......tapi aku teringin nak makan NASI BERIANI AYAM GORENG.........yum yum yum........

Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan March 2012. Production? Masih lagi sikit ceciput. Kena start gerak bulan nie kalau tidak ketinggalan. Be in a game to win, not to lose. Sudah cukup rasanyer dipijak, ditindas, dipertikaikan. Lantak lerrr, as long aku buat keje aku.