Wednesday, April 2, 2014

Aku Terpanggil......

Bismillah.....

Aku terpanggil, aku tersentuh.........

"Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.
 Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.
 Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.
 Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat." - Allahyarham Ahmad Ammar

Aku baru sahaja membeli senaskhah buku menceritakan perjuangan oleh Allahyarham Ahmad Ammar.  Memang betul kata orang, sekali dah tahu sedikit sebanyak tentang Allahyarham Ahmad Ammar..... aku ingin tahu lebih lanjut kisah perjuangan yang beliau lakukan.  Baru masuk 2 hari aku membaca buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar", aku sudah mulai rasa betapa kuatnya iman dan semangat beliau.

Allahyarham Ahmad Ammar, namamu telah disebut acapkali.  Aku hanya mendengar sedikit dan melihat dari jauh.  Ada rakan-rakan yang selalu menyebut tentang perjuangan beliau tapi di waktu itu aku sibuk menguruskan suamiku yang kemalangan.  Alhamdulillah, aku terpanggil untuk mengenali Allahyarham Ahmad Ammar.

" Dunia ini adalah tempat untuk berjuang dan tempat untuk kita berpenat.  Kita rehatlah bila mati dan syurga-NYA sedang menanti." - Allahyarham Ahmad Ammar

Subhanallah, aku sangat kagum dengan keazaman beliau semasa hidupnya. Dengan usia yang begitu muda, Allahyarham Ahmad Ammar telah melakukan amal kebajikan yang berterusan.  Dari pembacaan aku,  ibu bapa beliau yang telah banyak menerapkan unsur-unsur keagamaan yang kuat.

Terasa diri aku membuang masa  Terasa diri ini memang sangat selesa dalam keadaan sekarang.  Terasa diri ini KOSONG......Kata-kata Allahyarham Ahmad Ammar sangat menyentuh dan bermakna.  Aku nekad..... insya Allah.  Aku akan menggunakan masa yang ada, masa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baiknyer.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Ammar.  

No comments: