Thursday, April 5, 2012

Macam-macam dah berlaku.....

Assalamualaikum everyone

Dah masuk April baru nak update. Hehehe! Biasa ler nak input banyak sikit.  Muka si Pea kena lukis.  Memang seronok sangat dia time tu.  Actually, photo aku upload dah tunggang terbalik.  Takpe ler, aku citerkan sikit-sikit.  Last 31 March 2012, office baru dengan rasminyer dibuka.  So ada grand opening lah.  Ada ler games for the young kids and also adults.  Macam-macam ada......

Tetiba masuk bab baca buku plak.....sorry-sorry......dah ler upload terbalik-terbalik.  Nie adalah buku yang terbaru aku beli....BIOGRAFI AGUNG RASULLAH S.A.W.  All this while, aku asyik beli buku citer lain tapi kali nie aku beli buku biografi nie.  Memang patut sangat lah beli, harganyer baru RM65.  Kalau benda lain boleh beli beratus-ratus hinggit apalah dengan RM65 jer.  Thank you Zu....atas nasihat ko aku beli buku nie.  Memang betul, pendekatan dan cara penulisan buku ini amat ringan dah mudah difaham.
Banyak citer-citer yang aku tak tau dan tak pernah tau pasal Rasulullah S.A.W.  Peristiwa-peristiwa lama yang dah lupa masa sekolah rendah dulu belajar.  Bila baca balik, baru ler ingat.  Alhamdulillah, aku berpeluang mendekati dan mengenali Rasulullah S.A.W dengan lebih dekat lagi dengan pembacaan buku biografi ini.  Hadis-hadis yang senang dibaca dan difahami.  Baru aku tau asal-usul Rasulullah S.A.W, salasilah beliau, kehidupan beliau, berapa orang isteri Rasulullah S.A.W, berapa orang anak Rasulullah S.A.W, berapa ramai sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.....salasilah rasul-rasul dan nabi-nabi,

Ya Allah, begitu cetek ilmu pengetahuan aku terhadap baginda Rasulullah S.A.W.  Kite sepatutnyer mendalami, mengenali dengan begitu dekat tentang Rasulullah S.A.W, nabi yang terakhir. 

Boleh ler aku citerkan kat anak-anak aku kemudian hari tentang Rasulullah S.A.W.  Tersentuh jugak hati nie bila baca bab isteri-isteri Rasulullah S.A.W yang sama-sama berjuang terutama sekali Saidatina Khadijah. 

Rasulullah S.A.W bersabda, "Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik dari dia (Khadijah).  Dia beriman kepadaku di kala semua orang mengingkari kenabianku.  dia membenarkan kenabianku di kala semua orang mendustakan diriku.  dia membantu diriku dengan hartanya di kala semua orang tidak mahu menolongku.  Melalui dia, Allah Subhanahuwataala menganugerahi anak kepadaku, tidak dari isteri yang lain."  

Sama-samalah kite menimba ilmu pengetahuan tentang Rasulullah S.A.W selama-lamanyer.

Inilah kat one of the function room.  Masa nie CEO tengah bagi speech so aku snap ler photo sikit.  Ramai jugak orang yang datang dan pergi.
This is me at the entrance of the new office.  Tingkat 15 ko.....tinggi betul.  Rasa-rasa kalau dah takde sales, boleh bukak tingkap terus terus masuk kat Sungai Melaka. Hehehe! Belakang new building nie adalah Kampung Morten, so ada Sungai Melaka.  Kalau terjun for sure ikan-ikan kat dalam sungai tu terjun kuar dari sungai. 
 Konon-kononnyer ceria habis ler dapat ofis baru.  Bukan ana yang punya....ini Prudential yang punyaa....