Wednesday, March 28, 2012

Tengah Berangan.....

Assalamualaikum everyone

Sejak dua menjak nie tengah rajin memasak so aku tengah berangan ler nak Food Processor. Oh, Suami Ku...boleh present kan tak? Hehehe......Hari tu masa nak buat crumble cornflakes memang ler ada sikit leceh. Aii? Itu semua cuma alasan, kata suami ku. Takpe-takpe, nanti aku kena merenget lebih sikit, insyallah boleh dapat kot.

Aku tengah dok intai-intai jenama Kenwood nie. Memang best giler functionnya. Boleh letak macam-macam kat dalam tu.
Nie plak jenama Cuisinart....ada ke kat Malaysia nie? Ada banyak lagi jenama, aku tengok Panasonic, Braun, Philips semuanya agak bulky lah. Aku nak yang sesedap rasa jer. Terlalu besar sangat pun no point pasal aku masak untuk 3 orang jer. Bukannya ada 10 orang dalam rumah aku nie. Tengok kat Youtube cara they all guna-pakai pun senang jer. Campakkan apa yg ko nak lepas tu tekan......uuuhhhh!
Kitchen appliances aku bukannyer ada apa pun. Satu blender, satu toaster, satu oven.....itu jer. Nie ler nak cari satu food processor yang boleh aku masak macam-macam masakan......pleaseee

Kalau guna blender biasa memang takleh nanti pasal benda-benda yang diblendkan memang berblend sangat, so mesti jugak cari satu food processor. Ini adalah satu impian yg besar bagi aku cos aku nie jarang masak tapi sekali mood masak datang, semua benda aku nak masak. Kih kih kih! Well, hopefully aku dapat cari yang sesuai ngan keperluan aku.....

Insyallah....