Sunday, September 9, 2012

Berlambak-lambak.....

Assalamualaikum!  everyone

A very good evening to all..hehehe macam nak story telling plak.  Loads of Raya open house and of course weddings.  I want to story mory this one story.  I went for a wedding near my house roughly about 1.10pm (gie wedding time orang nak azan Zohor kan...hahaha padan muka). 

Well, I was nicely seat with my suamiku and of course who else Si Pea ler.  Tengah dok makan, ada 3 orang duduk belah depan aku.  Aku memberikan senyuman yang termanis lahhh.  So, sedang elok aku 'mentelaah' makanan di pinggan aku, 3 orang yang duduk belah depan aku nie dah siap 'makan' dah.  Wahhhh! Cepat sungguh kan dorang makan. Sebelum itu, sila lihat gambar buffet orang kawen kat bawah nie.  Macam-macam ada kan.........

 (gambar dari google)

Dengan pantas & tangkas aku melihat pinggan dorang masing-masing......cuba teka? Teka lah? Alah, cuba ler teka.....

Sebelum itu, aku nak inform yang 3 orang duduk depan aku nie semuanyer dah awal 50-60an.  Makanan yang dorang ambik langsung tak abis tau! Melambak-lambak dalam pinggan lagi! Makcik ooiii! kenapa ler jadik camnie?  Nasi ada lagi separuh, ayam goreng 1 ketul (peha), beberapa ketul daging (masak kurma), ikan masin (sekeping), acar and papadum masih ada lagi.  Kalau dah tak larat nak makan, ambik sikit jer lah.  Makcik tu siap nak offer orang sebelah dia "peha ayam goreng' yang tak abis tu.  Cisssss.......Tau ler dah banyak sangat gie orang kawen hari tu, kalau dah tak larat, ambik jer kuih-muih dan minum air jer.  Kenapa ler membazir makcik oiiii!  Nak aku tegur umur dah besau panjang.....dah tua gayut pun boleh aku cakap.  Tak kesian ke si tukang masak yang berpeluh-peluih memerah tenaga masak?  Tak kesian tengok orang lain yang berpusu-pusu tengah datang mencedok lauk-pauk yang kejap-kejap abis, kejap-kejap abis? Bahagian yang ko tak abis tu boleh bagi kat orang lain tau?  Ko dah tamak haloba kan? Masa ko sampai, semua-semua masakan ko nak makan? Dah tahu perut tu tak boleh nak sumbat lagi, tak payah ler!

Makcik oiiii Makcik!  Berasap jer aku tengok ini 3 orang.......nak aku sekolahkan nanti kata aku kurang ajar.  So, the only thing I can do is.......bagi jelingan yang ala-ala masam-masam manis.....

Makcik oiiii Makcik! Orang kat Somalia tu berebut-rebut nak makanan.  Orang kat Afrika tu tak cukup zat sebab tak dapat makanan.  Nie ko senang-senang jer membazir, terbuang jer makanan tu.  Melambak-lambak makanan kasi buang jer.  Kang aku cakap, Rakyat Malaysia nie memang tak reti hargai apa yang dorang dapat, buat pembaziran sana-sini.....kang korang marah aku.....ish ish ish......Ko hingat dengan duit SEPOLOH HINGGIT yang ko sedekahkan tu, cukup nak cover semua.  Datang 3 orang bagi SEPOLOH HINGGIT jer.....(ini aku andaikan jer yer, tak pasti plak brapa makcik tu bagi)

Apa-apa pun, tolong jauhkan diri dari pembaziran (peringatan utk diri sendiri).

No comments: