Monday, June 21, 2010

Apa Kata Anda???

Bapa di Malaysia bertaraf lima bintang
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
2010/06/21

Kebanyakan penyayang, tidak abai tanggungjawab: ShahrizatSEREMBAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberi pengiktirafan lima bintang kepada bapa di negara ini kerana sikap mereka yang bertanggungjawab terhadap keluarga masing-masing. Beliau berkata, walaupun terdapat kes berkaitan keganasan rumah tangga memaparkan sikap tidak bertanggungjawab ketua keluarga, tetapi ia hanya kes terpencil yang tidak menggambarkan sikap keseluruhan bapa.

“Kebanyakan bapa di Malaysia bertanggungjawab, prihatin, penyayang dan sedia berkorban untuk keperluan keluarga. Peratusan kecil kes berkaitan bapa tidak bertanggungjawab tidak memberi kesan kepada nama baik seorang bapa.

“Pada masa ini, bapa muda lebih bertanggungjawab terhadap keluarga dan sedia membantu isteri menjalankan tugas rumah,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media majlis sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Seremban 2 di sini, semalam. Sambutan itu dianjurkan dengan konsep riadah dan santai supaya golongan bapa dapat berinteraksi dengan lebih rapat dengan anak, sekali gus memupuk semangat kekeluargaan. Antara aktiviti disediakan termasuk pertandingan futsal, timang serta gelecek bola dan permainan tradisional, selain bengkel interaktif bersama pakar perubatan dan psikologi serta pemeriksaan kesihatan bapa. Pada majlis sama, beliau mengumumkan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada golongan bapa di semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara mulai 14 sehingga 30 Jun ini.

Shahrizat berkata, pemilihan tema sambutan Hari Bapa tahun ini iaitu ‘Ayah... jadilah yang terbaik’ dilakukan bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada golongan bapa supaya menjalankan peranan dan tanggungjawab terbaik untuk anak dan membina keluarga sejahtera.

“Sebanyak 70 peratus daripada tujuh juta keluarga di negara ini adalah keluarga nuklear (hanya ibu bapa dan anak tinggal bersama sebagai satu keluarga) dan 45 peratus membabitkan golongan bapa muda berusia 25 sehingga 59 tahun. “Golongan bapa muda ini berdepan cabaran untuk menguruskan keluarga dan pada masa sama, suami isteri perlu bekerja. Jadi, mereka perlu mengamalkan konsep bertanggungjawab, interaksi dan ketersediaan (RIA) dalam mengurus keluarga iaitu bermaksud perlu sentiasa bertanggungjawab, berinteraksi dengan anak sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Apa kata anda berkenaan perkara di atas?? Aku baca di BH hari nie.....
My opinion, aku kurang setuju sikit la cos rata2x kengkawan yg aku jumpe, yg dah kawen punye masalah ngan sang suami dorang. Maybe dah nasib kengkawan aku dpt camtu.....takleh nak buat apa la....Well, bukannye aku nak negatif tp bila Bapa diberikan taraf 5 bintang tu memang tak berpatutan la.......Aku tak kata semua lelaki mcm tu......nie hanya pandangan aku.....

Let's talk about responsibilities.....nowadays susah betul nak cari sang suami yg bertanggungjawab. Tak kisah la dari segi ekonomi or kerohanian.......ada byk kes2x sang suami yg dera sang isteri yg tidak dilaporkan....secara lumrahnye sang isteri nie malu, takut, byk fikir dulu....tak nak kecoh2x sblm buat apa2x keputusan. Memang la skrg nie, suami isteri bekerja....sang suami bekerja utk memenuhi keperluan keluarga, sang isteri bekerja utk menolong sang suami.......bagus dlm kehidupan rumahtangga. Tapi apabila tanggungjawab itu diletakkan 90% di atas bahu sang isteri....tu apa namanye???

Dari segi, nafkah ..mula2x kawen tu ada la bagi....lepas 2-3 tahun nak bagi tiap2x bulan pun langsung takde, makan & minum pun sang isteri yg kena pikirkan, dah ler kena "jaga" sang suami....& mcm2x lagi la....

Bab duit, jgn citer la.....dialog nyer selalu berbunyi ginie......
"Yang, pinjam duit.....nnt I ganti la balik...." atau...."Yang, I pinjam duit u dulu, nnt bila I ada duit, I ganti la balik..." atau pun...."Yang, I janji I bayar balik duit u nie nnt...u tolong settlekan dulu...." Pandai buat hutang, pandai la settle sendiri......
Dah lepas dpt pinjam......buat senyap jer....buat tak reti jer.......
Ini mcm memang ada....berlambak kat luar sana tu......Do u agree with me??

Bab jaga anak........
Bila balik keje, sang isteri nie nak masak la.....sang suami nie langsung sikit pun takleh nak tgk2x kan anak2x....angkat kaki ataupun TIDO.....biasa dgr kan?? Cuba la tolong sikit....jaga anak2x while your wife memasak....dah ler penat, baru balik keje....terus masuk dapur nak "berperang" ngan periuk belanga.....yg kau sedap2x dok lepak jer.....anak2x biasa la...mesti dok kacau mak dorang tgh masak.....ish ish ish.....tolong sikit pun tak leh.....aku rasa bukannye takleh tolong....selalunyer sang suami nie kurang prihatin.......

Bab nak minta tolong.....
"Yang, u tolong buatkan nie dulu.....nnt i tolong u la....."....atau " Yang, benda nie urgent kena buat cepat.....u tolong i, ok"......
Dah la sang isteri nie ada keje sendiri nak buat, paham2x la sikit....klau keje tu dah ko yg punyer, cuba la buat sendiri dulu...klau takleh, minta ler tolong kengkawan yg seangkatan ngan ko (meaning, kengkawan yg tahu psl keje ko).....lagi senang, keje ko siap cepat. Nie klau ko minta tolong org yg memang tak tau detail keje ko...mcm mana? Klau salah, sang isteri jugak yg kena...

Bab Tanggungjawab Sang Isteri......
Wah.....bab nie yg best...bila cakap psl tanggungjawab isteri, semuanye isteri kena buat....
Isteri kena 'jaga' suami, kena jaga anak, kena memasak, kena kemas rumah, kena keje, kena pikir camna nak cari duit lebih...tp yg selalunye dicakap.....Isteri kena "layan" suami....ohhhh...klau tak layan....dosa tau....tak cium syurga.....wah wah wah....bab tu, selalunye sang suami guna mukadimah agama......kenapa?? Tang lain..ko tak pikir plak.....sepatutnye sang suami harus memanjakan sang isteri.......

Ku tutup en3 ku hari nie dgn.....

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” Surah Ar-Ruum : 21

2 comments:

Along said...

Ni semua lumrah idup Sal. Yang penting suami kita jenis bertanggungjawab. Hal orang lain tu, kita doakan la depa mendapat balasan yang setimpal nanti.

Sal said...

Betul3x...yg penting suami kite tak cam tu......amin....