Monday, March 5, 2012

Masa Dulu-duluuuu...........

Assalamualaikum everyone

Manis muka anak aku nie....hehehe. Puji anak sendiri ler, siapa lagi nak puji. Sejak dah sekolah nie, lagi ler nampak Pea dah & sedang membesar. Rasa macam tak percaya jer. Pejam celik-celik dah panjang lebarnyer anak aku nie. Kuasa Allah kan, Dia yang menjadikan manusia di bumi ini.
Hari Isnin, Selasa & Rabu, Pea gie sekolah agama di waktu petang. So, by 5.30ptg or 5.45ptg aku memang dah dok tercongok tunggu dia dalam kawasan sekolah. Nie ler tempat aku lepak tunggu Pea. Time-time nie ler terkenang zaman aku sekolah dulu. Hah, tengok tempat makan waktu rehat nie, meja panjang bersambung-sambung, kerusi pun jenis 'bench', duduk berhimpit-himpit.
Bangunan sekolah nie 4 tingkat termasuk ground floor. Huh, tinggi betul ler. Dulu punyer sekolah memang dorang buat tinggi-tinggi. Kesian kat bebudak nie yang dok kelek beg sekolah macam batu. Kena panjat tangga sampai tingkat atas sekali. Pea punyer bilik darjah kat tingkat 3, perrghhhh hari tu ada hantar Pea sampai bilik darjah....rasa macam nak tercabut jantung dibuatnyer. Tangga pulak memang ler narrow. Kalau hari hujan lagi ler, basah lecak tangga & corridor bilik darjah. Bebudak apalagi mesti ler suka pasal boleh main air bertakung-takung tu. Hihihi, nama pun budak kan. Bagi ler they all main selagi boleh, esok-esok dah besau malu pulak.
Hah, si kucing pun dah tersembam muka kat bench. Penat agaknyer lari sana, lari sini. Tu yang bila bebudak masuk kelas, boleh ler si kucing nie rehat sikit. Kalau tidak, aku tengok kucing nie macam bola dah....kena kejar sana, kejar sini naik penat ler si kucing nie.

Bila terkenangkan zaman sekolah dulu, banyak kenangan. Aku dulu gie sekolah jalan kaki. Fuhhh, macam-macam peristiwa berlaku. Seronok, sedih, geram, gembira........itulah kenangan masa dulu-duluuuu......

No comments: