
Assalamualaikum everyone
Mee goreng satu!! Kah kah kah kah! Macam kat kedai mamak dah. Semalam punyer dinner pasal aku dah takde idea nak masak apa, so paling simple Mee Goreng jer lah. Hari-hari masak nasi dah takde idea nak masak lauk apa. Pea & hubby apalagi, sental jer lah....
Sebelum fetch Pea semalam petang, aku teragak nak buat cupcake. Dah lama rasanyer tak bake apa-apa. So, singgah jap kat kedai bakery ingatkan nak buat cupcake tapi terus nak buat kek coklat lagi senang.

Tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah bahan-bahan yang perlu ada yer. Mangkuk yang besar untuk mengadun segala-gala bahan-bahan. Mixer, kitchen scale, kek pan.....hahahahaha....macam nak bukak kelas mengajar jer. Sorry, aku nie bukannyer pandai sangat baking. Kalau setakat untuk family buat makan-makan sikit boleh ler. Kek coklat nie yang dibeli "ready made" so masuk air, telur, olive oil........terus grrrrrrrrr......gaul-gaul-gaul.

Sudah siap digaul, letakkan ler dalam bekas cupcake. Tungguuuuuuu.......dalam 15-25 minutes.

Tu dia, dah siappppp. Coklat dressing ngan luv-luv to Pea yang letakkan. Seronok semalam dia dok "tolong-menolong". Naik abis coklat dressing aku dikejekan. Ada lebih lagi kek coklat tu, aku pun bake lagi........

Senget-senget kek aku nie, tak rata. Dah tentu tak pandai baking sangat, ini lah jadinyer. Lepas makan mee goreng, terus makan dessert kek coklat. Yummy......bak kata Pea. Huhuhu, hari nie nak masak apa pulak yer.
Thinking.....thinking......thinking........
No comments:
Post a Comment