Friday, March 9, 2012

Pusing-Pusing......Karipap Pusing......

Assalamualaikum everyone

Pusing punyer pusing.......semalam aku makan karipap pusing "homemade" by Kak Jusfina. Tima kasih, Kak Jus. Sedap dan sedap dan sedap. Tengah lapar apa-apa pun sedap, kih kih kih. Lagi sedap pasal dapat freeeee....hehehehe.

Cara-cara mengoreng, tunggu sampai minyak betul-betul panas nyer. Pergghhh, bila masuk kan karipap pusing nie......ceeeehhhhhh bunyi nyer. Makan masa panas-panas. Huhuhu, sampai skrg terasa karipap pusing nie dalam mulut aku.

Kisahnyer semalam, Pea ada Kem Solat Bistari lepas waktu sekolah. By 4ptg, dia dah abis & masa fetch dia, dah kata lapar3x. So, teringatkan karipap pusing frozen nie ada tu yang bila balik jer terus goreng. Dimakan pula ngan coklat kek hari tu, mmmmm yummy.

Sebelum tu, tangan aku dah menggatal pasal ada dapat duit claim masuk hospital hari tu. Aku gie beli tudung ariani plain, ada sale lah. Harganyer baru RM18 sehelai, apalagi aku borong sakan lah. Rasa macam dah takde tudung lah. Nak update collection ler katakan. Aku tengok ada client aku pakai tudung Pearl Haya so aku tanya ler brapa harga sehelai.....mak aiiii RM100+++++. Mahalnyer tu! Tak mampu ler aku buat masa sekarang nie nak beli tudung camtu harganyer. Kalau nak beli pun, dapat beli sehelai jer.....aduhhhh, kopak-kopak poket aku. Tepuk dada tanya ler sendiri, yg penting ikut poket sendiri. Kalau dah tak mampu tak payah, cari option lain kan. Aku kalau beli tudung tak lebih RM50....tengok ler kualiti nyer macam mana.

So, semalam melayan perasaan sorang-sorang kat ariani tu. Ada tudung sampai RM400-RM500 pun ada. Huh, tu nak pakai tudung ke, nak pakai 'tiara' tutup aurat?.....ikut masing-masing lah yer.

No comments: