Sunday, March 25, 2012

Kok..Kokkokkok.........

Assalamualaikum everyone

Kok kokkokkokkkkkkk!! Hah, aku dah berkokok dah nie....Ayam bermacam ayam. Ada ayam kampung, ayam bandar, ayam karan, ayam reban......Itulah citernyer nak makan ayam goreng. Nak makan macam style KFC tapi buat versi homemade. Resepi dari Kak LG. Hehehe.....

Baked Crumble Chicken with Roast Potatoes & Carrot itu ler menu hari Jumaat hari tu. Aku pakai chicken drumstick dibuang kulitnyer. Lepas tu untuk crumblenyer - cornflakes (dihancurkan guna jari-jariku), serbuk paprika, serbuk coriander, serbuk chicken stock, serbuk five spice. Digaulkan semua, lepas tu chicken drumstick tu dicoatkan ngan olive oil.
Then, chicken drumstick dilenyet-lenyetkan atas gaulan tadi.
Dimasak dlm oven 185C, then of course buat side dish simple jer. Roasted potatoes & carrots.
Ini lah hasilnyer.....yummy. Macam boleh kalahkan KFC tak? hehehe.......


Semalam aku gie KL ada urusan nak serah policy client, gie Ampang & Rawang. Woohh! Nasib baik suamiku yg drive. Aku cuba drive for long distance tapi macam x fit lagi ler. Perut ada rasa "ketat" sikit. So, aku jadi navigator jer lah.. Selesai tugas, suamiku ajak gie Midvalley....fuuhh lama betul tak gie sana. Aku memang selalu turun KL tapi atas urusan keje jer so takde masa nak singgah-menyinggah shopping-shopping nie.

Dah ler hari Sabtu, biasa ler orang ramai kan. Nasib baik senang dapat parking. Boleh ler jenjalan buat-buat cuci mata sikit. Memang dah lama tak datang Midvalley, seingat aku last aku datang masa end of 2007. Fuuhh, tu dah lama tu....dah berzaman. Well, singgah ler sekali kat The Gardens tu, banyak boutique high end, branded. Aduuhh, mak tak larat jalan lama-lama, perut nie dah terpeliut ada susah sikit lah.

Bila ada masa lagi, aku nak gie Sunway Piramid plak. Hah, yang tu lagi lama aku tak gie.....fuhh.

No comments: